×

AFFIN Smart Money

Ciri-Ciri

Margin Pinjaman

  • Sehingga 100% nilai deposit tetap yang dicagar
  • Maksimum tertakluk kepada nilai yang diperuntukkan bagi kelas aset Unit Amanah masing-masing, yang mana lebih rendah.

Kadar Faedah

Kadar Asas Standard (KAS) + 1.70% setahun

​​​​​​​Amaun Pembiayaan

Untuk Cagaran Deposit Tetap

  • Minimum: RM10,000
  • Maksimum: Sehingga 100% nilai AFFIN Deposit Tetap yang diletakkan secara lien.
  • Pelanggan boleh menggabungkan beberapa akaun Deposit Tetap miliknya untuk memohon amaun/had fasiliti yang dikehendaki.

​​​​​​​Untuk Cagaran Unit Amanah

  • Minimum: RM10,000
  • Maksimum: Tertakluk kepada nilai yang diperuntukkan bagi kelas aset Unit Amanah masing-masing, yang mana lebih rendah.

Cagaran

  • Deposit Tetap AFFIN lien kepada AFFIN BANK/AFFIN ISLAMIC BANK dengan nilai yang sama atau lebih daripada jumlah kemudahan.
  • Unit Amanah Terpilih*

*Sila rujuk kepada Wakil Jualan kami untuk senarai terkini
​​​​​​

Kelebihan

Overdraf Bercagarkan Deposit Tetap/Unit Amanah

Fleksibiliti untuk mengakses kredit siap sedia tanpa memecahkan cagaran anda.

Pembayaran untuk Penggunaan

Aliran kredit yang ekonomik kerana faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang digunakan sahaja.

Penjimatan Faedah
​​​​​​​
Faedah dikenakan ke atas amaun yang digunakan sahaja dan dikira atas dasar harian.

Fleksibiliti Pembayaran Balik

Pilihan pembayaran balik secara sekali gus atau ansuran tanpa jadual pembayaran yang tetap.


Tiada Tempoh Tertutup

Tiada tempoh tertutup untuk kemudahan ini dan tiada fi yang dikenakan untuk penyelesaian awal sebelum matang.

Perlindungan Insurans
​​​​​​​
Pilihan Insurans Bertempoh Kredit Mendatar/Insurans Bertempoh Kredit Berkurangan untuk melindungi baki overdraf anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Syarat & Kelayakan

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas


Anda mungkin berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us