×

Pemberitahuan Aktiviti Kewangan Tidak Sah

Orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti kewangan yang tidak sah termasuk memperlihatkan atau mendedahkan butiran kewangan peribadi mereka dan melibatkan atau mengaitkan diri mereka dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.

Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM adalah TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.

Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti kewangan tidak sah yang boleh dilaporkan kepada BNM ialah:

  • Pengambilan deposit secara tidak sah
  • Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
  • Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
  • Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dieluarkan oleh BNM
  • Penyalahgunaan nama BNM dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM
  • Lain-lain Aktiviti Kewangan Haram yang disebut dengan jelas di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM

Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Tidak Sah

Skim Perniagaan Mata Wang Asing tidak sah merujuk kepada membeli atau menjual mata wang asing oleh individu atau syarikat di Malaysia dengan mana-mana pihak yang bukan bank tempatan berlesen atau mana-mana pihak yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Skim ini melibatkan perbuatan membeli atau meminjam mata wang asing daripada atau menjual atau memberi pinjaman mata wang asing kepada bank tempatan tidak berlesen.

Ia juga boleh berada dalam situasi di mana bank tempatan tidak berlesen melakukan suatu perbuatan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau meminjam mata wang asing daripada, atau menjual atau memberikan pinjaman mata wang asing kepada, mana-mana pihak di luar Malaysia.

  • Pengendali tidak sah biasanya beroperasi pada skala kecil dan mendakwa mereka boleh menyediakan perkhidmatan pengiriman wang dengan cepat, tanpa memerlukan apa-apa dokumen atau pengenalan. Mereka jarang menggunakan dokumen untuk pengesahan dan mengesahkan transaksi. Dengan melibatkan diri dalam urus niaga ini, pelanggan menghadapi risiko ditipu dan dana mereka mungkin tidak akan sampai ke destinasi yang dikehendaki.
  • Pengendali tidak sah biasanya menyasarkan individu yang mencari pekerjaan dengan meletakkan iklan untuk menarik bakal pekerja menyertai syarikat itu, selepas itu mereka digunakan untuk mencari pelaburan baru. Selalunya, pekerja akan digalakkan untuk menghubungi pihak keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan mereka sebelum mensasarkan orang ramai.
  • Pengendali tidak sah biasanya menggambarkan imej profesional dan bereputasi, mempunyai pejabat dengan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini, seperti memaparkan pergerakan kadar pertukaran di skrin LCD untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah dan benar. Kemudahan ini adalah palsu semata.
  • Pelabur boleh memuat perdagangan menggunakan akaun dagangan mereka dengan syarikat atau menerusi pengedar yang dilantik oleh syarikat. Dalam beberapa kes, pelabur dibenarkan untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui Internet.
  • Pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani kontrak perniagaan yang biasanya diantara pelabur dan syarikat utama di luar negara.
  • Dalam kebanyakan kes, pengendali akan memberitahu pelabur bahawa mereka perlu menghantar kontrak perniagaan kepada syarikat utama di luar negara untuk ditandatangani. Walau bagaimanapun, kontrak tersebut biasanya dibiarkan tanpa ditandatangani.
  • Oleh itu, sekiranya pelabur tidak berpuas hati dengan urus niaga dan transaksi di masa hadapan, tiada tindakan boleh diambil terhadap syarikat kerana tiada kontrak yang mengikat mereka.
  • Pelabur biasanya akan mendapat pulangan yang tinggi pada pelaburan awal. Ini akan meyakinkan pelabur untuk meningkatkan lagi pelaburan mereka dengan harapan mendapat pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya, pelabur akan kehilangan segala-galanya apabila pengendali tidak sah hilang secara tiba-tiba.
  • Pelabur yang kehilangan wang mereka melalui pergolakan pergerakan kadar pertukaran akan dimaklumkan oleh pengendali tidak sah bahawa mereka perlu membayar “margin-call” untuk memulihkan kerugian mereka.
  • Pengendali tidak sah juga menggalakkan pelabur untuk menambah pelaburan mereka untuk mencuba mendapatkan kembali kerugian mereka.
» Maklumat Mengenai Amaran Penipuan
» Soalan Lazim

Sumber: http://www.bnm.gov.my (Peringatan Kepada Semua Pengguna)

How to reach us?

There are more ways to reach us