×

Pembiayaan ASB-i

Ciri-Ciri

Margin Pembiayaan

100% + 5% untuk Takaful Tempoh Berkurangan (RTT).

Tempoh Pembiayaan

- Minimum : 5 tahun
- Maksimum: 
(i) Jika dijamin oleh ASB/ASB2 – 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang
 mana lebih awal

Amaun Pembiayaan

- Minimum: RM5,000
- Maximum: RM200,000

Kadar Keuntungan

Kurang daripada RM50k:
KAS + 1.75%: 4.50% setahun

RM50k dan keatas:
KAS + 1.40%: 4.15%p.a.

Nota: 
*Sila rujuk tab “Maklumat Penting” di bawah untuk KAS terkini. 
*Penetapan harga akan berubah mengikut promosi terkini .

Cagaran

- Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) & Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2)

Kelebihan

Pembiayaan Bercagarkan Sekuriti

Kemudahan pembiayaan yang berpontensi untuk menambah pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).

Pembiayaan Patuh Syariah

Berlandaskan konsep Syariah Tawarruq (Komoditi Murabahah).

Nota:

Nama rasmi kemudahan ini ialah Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq Bercagarkan Sekuriti. Bank boleh menerima pakai atau menyemak semula mana-mana nama pemasaran untuk kemudahan ini (contohnya,Pembiayaan ASB-i) dari semasa ke semasa disebabkan oleh kawal selia, Syariah atau dasar dan/atau pertimbangan dalaman. Perubahan tersebut tidak akan menjejaskan terma atau kewajipan kemudahan ini, dan Pelanggan akan dimaklumkan sewajarnya.

Kadar Keuntungan Siling
​​​​​​​
Terlindung daripada kenaikan dalam Kadar Asas dengan kadar keuntungan yang dihadkan kepada maksimum 12% setahun.

Rebat untuk Penyelesaian Awal

Tiada yuran yang dikenakan bagi penyelesaian awal sebelum tempoh matang. Pihak Bank akan memberi rebat (ibra’) yang bersamaan dengan keuntungan tertunda semasa waktu penyelesaian.
​​​​​​​
Perlindungan Takaful​​​​​​​

​​​​​​​Nikmati pembiayaan untuk perlindungan Takaful daripada panel Pengendali Takaful kami

Syarat & Kelayakan

Pemohon tunggal.
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.
- Terbuka kepada pelabur ASB/ASB2 di bawah garis panduan ASNB. 


Penafian Prospektus

Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020, Prospektus Tambahan Pertama ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 20 Oktober 2021 dan Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.


Kenyataan Penafian Pengiklanan Produk ASNB dan Perkhidmatan Berkaitan

Berdasarkan Garis Panduan Pengiklanan bagi Produk Pasaran Modal dan Perkhidmatan Berkaitan, sebarang iklan dan bahan promosi yang dihasilkan oleh ASNB dan ejen-ejennya telah disemak oleh Jabatan Pematuhan, Permodalan Nasional Berhad dan tidak perlu disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman

Anda dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan Penyata Pendedahan Risiko Pembiayaan Pinjaman (RDS) Unit Amanah sebelum membuat keputusan meminjam/membiaya untuk membeli unit-unit.


KEMPEN TERKINI

ASB Balance Transfer Campaign

Tertakluk pada terma dan syarat

Anda mungkin berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us