×

AFFIN Home Flexi Plus

Ciri-Ciri

Margin Pinjaman

- Sehingga 90% untuk gabungan pinjaman berjangka dan overdraf

​​​​​​​- Sehingga 50% untuk overdraf penuh

Tempoh Pinjaman

35 tahun atau sehingga usia mencecah 70 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu

Amaun Pinjaman

Minimum: RM100,000 (dengan kemudahan overdraf minimum RM50,000)

Nilai Hartanah

Minimum: RM200,000 

Tempoh Tertutup

- Amaun penalti sebanyak 2% daripada jumlah pinjaman asal untuk penebusan awal dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pengeluaran pertama.

​​​​​​​- Tiada tempoh tertutup untuk pembiayaan sub-jualan.

Kadar Faedah

Kadar Asas Standard (KAS) + 1.55% setiap tahun

Kelebihan

Pakej Pinjaman Fleksibel

Nikmati fleksibiliti kewangan dengan gabungan pinjaman berjangka dan overdraf atau overdraf penuh.

Pelbagai Tujuan Pinjaman

Pembiayaan, pembiayaan semula atau sub-jualan bagi hartanah kediaman siap dibina ataupun yang masih dalam pembinaan

Faedah Harian yang Rendah

Menjimatkan kos faedah keseluruhan dengan pengiraan faedah harian.

Penjimatan Faedah dengan Bayaran Pendahuluan
​​​​​​​
Nikmati penjimatan faedah harian yang dikenakan dengan bayaran pendahuluan yang melebihi ansuran bulanan.

Pengeluaran Semula

Peminjam boleh mengeluarkan wang sekiranya terdapat bayaran lebihan.

Perlindungan MRTA/MRTT

Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) atau Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT) amat digalakkan bagi memastikan anda dan keluarga anda dilindungi.

Perlindungan Komprehensif

Kami menawarkan pelbagai jenis perlindungan untuk hartanah anda, termasuk Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA), Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTT), Insurans Kemalangan Peribadi (PA), Insurans Isi Kandungan Rumah, Insurans Kebakaran, Insurans Pemilik Hartanah, Insurans Bertempoh Kredit Mendatar (CLTA)/Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar (MLTT).

Syarat & Kelayakan

Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas


Maklumat Penting

Dokumen-dokumen yang Diperlukan

  • Fi dan Caj
  • Generic Terms & Conditions
  • Kadar Rujukan
  • Panduan BNM kepada Pengguna mengenai Kadar Rujukan
  • Tanda Aras Kos Dana yang digunakan untuk menentukan Kadar Asas

Anda mungkin berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us